Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA AUDIOLOGI DENGAN KEPUJIAN

Calon Warganegara

 
 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Khusus Program

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi / A-level

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam setiap mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam mata pelajaran Fizik ATAU mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan Diploma Setaraf

  • Memiliki Diploma Sains / Sains Kesihatan / Diploma yang setara yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia atau Kolej
    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir;

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang  bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh  permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/ A-Level (Bukan Tahun Semasa)/ Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level (bukan tahun semasa).
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam setiap mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Matematik/ Matematik (M)/ matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam mata pelajaran Fizik ATAU mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

                                                   dan 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang  bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh  permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Diploma International Baccalaureate (IB)​

    • Mendapat skor minimum 30 dalam International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya skor 5 pada peringkat High Level (HL) untuk mata pelajaran berikut:
      • Biologi
      • Fizik
      • Matematik (HL)

dan

      • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU skor 4 dalam English A (IB)/ skor 5 dalam English B (IB) ATAU setara dengannya;

dan

    • Lulus ujian/temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti