Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Fakulti Sains Kesihatan

Appreciation

  •  Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Razinah Sharif@Mohd Sharif atas pelantikan sebagai Ketua Makmal Bioserasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2022. #proudfsk  

    -- Fakulti Sains Kesihatan
  •  UCAPAN TAHNIAH: PELANTIKAN PENTADBIR FAKULTI SAINS KESIHATAN YANG BAHARU Warga Fakulti Sains Kesihatan inigin mengucapkan tahniah dan syabas kepada individu seperti berikut atas lantikan sebagai Pentadbir Fakulti Sains Kesihatan yang baharu. 1. Prof. Madya Dr. Yanti Rosli dilantik semula sebagai Penolong Dekan (Kualiti & Strategi), FSK mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.

    2. Prof. Dr. Poh Bee Koon dilantik sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), FSK mulai 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2020. 3. Prof. Madya Dr. Cila Umat dilantik sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaReHab), FSK mulai 1 Disember 2019 sehingga 14 Ogos 2022. 4. Prof. Madya Dr. Chan Kok Meng dilantik sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Toksikologi & Risiko Kesihatan (CORE), FSK mulai 1 Disember 2019 sehingga 14 Ogos 2022. 5. Prof. Madya Dr. Devinder Kaur a/p Ajit Singh dilantik sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-Care), FSK mulai 1 Disember 2019 sehingga 14 Ogos 2022. 6. Prof. Madya Dr. Dayang Fredalina Basri dilantik sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik & Penyiasatan (CODTIS), FSK mulai 1 Disember 2019 sehingga 30 November 2022. 7. Prof. Madya Dr. Hasnah Haron dilantik sebagai Ketua Program Sains Pemakanan, FSK mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2022. 8. Dr. Siti Shahara Zulfakar dilantik sebagai Ketua Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri (KPKI), FSK mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2022. Syabas!!
     

    -- Fakulti Sains Kesihatan
  •  Kejayaan Pelajar Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nurul Aiman Nabiha Halim Khan, pelajar Program Audiologi FSK UKM kerana telah berjaya dipilih untuk menerima. Anugerah ini diberikan kepada pelajar daripada setiap fakulti sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan menggunakan kemudahan perpustakaan. Pemilihan dibuat berdasarkan rekod pinjaman dan pengunaan portal e-Jurnal yang tinggi. Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau. #proudfsk  

    -- Fakulti Sains Kesihatan
  •  Pemenang Hadiah Buku Ucapan tahniah dan syabas kepada graduan yang telah menerima Anugerah/ Hadiah buku sempena Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2-5 November 2019 yang lalu. Mereka adalah:

    • KABITHRA RAJA VENI A/P RAJAN (Hadiah Buku Universiti-Program Sains Bioperubatan)
    • CHONG CHYI HAN MUHAMMAD FIRAS BIN ZAINUDDIN (Hadiah Buku Sains Bioperubatan-Ridge Biomed)
     
    • TOH WOON NEE (Hadiah Buku Optometri-Catherine Jong)
     
    • NGOOI PIK YEE (Hadiah Oculus Boston GP)
    Tahniah dan syabas kepada semua. Semoga terus cemerlang dan membanggakan fakulti dan universiti. #proudfsk
     

    -- Fakulti Sains Kesihatan

Berita Terkini | Lagi Berita