Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Syarat Kemasukan

Pemohon yang memohon kemasukan program Ijazah Kedoktoran, harus memiliki kelayakan seperti berikut:

  1.  Ijazah Sarjana Sains Biologi, Sains Fizik, Sains Komputer, Sains Matematik atau Kejuruteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Kelayakan lain setaraf Ijazah Sarjana dan memiliki pengalaman yang diiktiraf oleh senat; atau
  3. Pemohon sedang mengikuti Program Sarjana sepenuh masa di bawah perenggan 6(1) (a) di universiti dan disahkan oleh (Jawatankuasa
    Pengajian Ijazah Sarjana/ Pusat Pengurusan Akademik) bahawa Ijazah Sarjananya cukup baik untuk ditukarkan menjadi Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/ Pengarah Institut; atau
  4. Ijazah Sarjana muda yang cemerlang (PNGK > 3.67) dari universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat, diperolehi melalui Accredition of Prior Experiental Learning (APEL) atau Recognition of Prior Learning (RPL);
  6. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan)