UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

| Maklumat Konvokesyen

2023
  • terkini[12|05|2023] Makluman Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-51

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE) mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara/i bergelar graduan Majlis Konvokesyen UKM Ke-51.  Berikut disenaraikan perkara yang perlu diambil makluman, perhatian serta tindakan oleh saudara/i :

    1. Semua pelajar diminta menyemak status hutang melalui Portal E-Kewangan atau berhubung/rujuk denganBahagian Kewangan di talian 03-89272108 / 03-89272019/ 03-89272133.
    2. Yuran Konvokesyenadalah RM200.00 (Sarjana/Phd) dan RM180.00 (Sarjana Muda)(Perlu dibayar walaupun tidak menghadiri Majlis Konvokesyen)
    3. Bakal graduan yang mempunyai yuran tertunggak sama ada yuran pengajian atau yuran universititidak  akan dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen. Tarikh akhir bayaran yuran adalah pada 8 November 2023 (Rabu).
    4. Sebarang bayaran boleh dilakukan di kaunter kewangan UKMShape atau melalui Portal E-Kewanganhttps://ekewangan.ukm.my.
    5. Bagi memastikan lebih banyak inisiatif dirangka oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti, saudara/i perlu mengisi dan melengkapkan soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) melalui pautan https://graduan.mohe.gov.my/SKPG2023/ (*Boleh dicapai mulai 25 Oktober 2023(Rabu) dan mesti dijawab).
    6. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan UKMSHAPE, saudara/i diminta mengisi dan melengkapkan soal selidik melalui Sistem Maklumbalas Graduan (SMG) di capaianhttps://shape.ukm.my/smg-konvo/(*Boleh dicapai mulai 27 September 2023 (Rabu) dan mesti dijawab)
    7. Semua maklumatterkini dan tindakan mengenai Urusan Konvokesyen (Sebelum, Semasa & Selepas) dan informasi sidang masing-masing perlu dirujuk di Sistem Konvokesyen UKM www.ukm.my/konvoSistem konvokesyen boleh dicapai (Log In) bermula 6 November 2023 (ISNIN).
    8. Sebarang permasalahan berkaitan urusan konvokesyen, sila rujuk https://www.ukm.my/konvo/urusetia/.
    9.  Sebarang permasalahan berkaitan urusan SKPG sila rujuk https://www.ukm.my/ukmkarier/

*Mohon kerjasama untuk membaca dengan teliti makluman/arahan di atas.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

  • terkini[12|05|2023] Makluman Pengambilan Skrol & Transkrip (Konvokesyen Ke-51)

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE) mengucapkan tahniah diatas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seperti yang saudara/i sedia maklum, semua maklumat dan tindakan konvokesyen perlu dirujuk di laman web konvo www.ukm.my/konvo. Sebagai ingatan disenaraikan makluman penting untuk perhatian saudara/i seperti berikut :

    1. Sila rujuk halaman ‘Urusan Pemulangan Jubah’ untuk maklumat lanjut.
    2. Pengambilan skrol ijazah dan transkrip :
    • Graduan boleh mengambil skrol ijazah dan transkrip semasa memulangkan jubah di AKADEMIK-UKM, Aras 1, Bangunan Tun Fatimah Hashim bermula pada 25 November 2023 (Sabtu) sehingga 6 Disember 2023              (Rabu). Urusan pemulangan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
    • Mulai 7 Disember 2023 (Khamis), skrol ijazah dan transkrip boleh diperolehi di Kaunter UKMSHAPE, Universiti Kebangsaan Malaysia selepas jubah dan topi graduan dipulangkan dalam keadaan baik di Kaunter           AKADEMIK – UKM, Aras G, Bangunan Akademik – UKMLingkungan Kedua. Waktu pengambilan bermula pada jam 30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang (Isnin – Jumaat).
    • Graduan dibenarkan untuk mengambil skrol ijazah dan transkrip melalui wakil. Muat turun borang serta isi maklumat diperlukan pemohon dan wakil berserta salinan kad pengenalan pemohon (graduan) serta wakil. Borang yang sama juga boleh digunakan jika graduan berhasrat untuk mendapatkan skrol ijazah dan transkrip secara kiriman pos.

Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan hutang dengan pihak Universiti sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip. Tarikh pengambilan dokumen tersebut bermula pada tarikh sidang konvo fakulti masing-masing (sila rujuk susunan sidang di laman web konvokesyen UKM) di https://www.ukm.my/konvo/susunan-sidang/. Sila bawa bersama Slip Pemulangan Jubah (bagi yang hadir Majlis Konvokesyen).

*Nota 

    1. Sila baca arahan/makluman di atas dengan teliti
    2. Mohon abaikan emel ini bagi graduan yang telah menerima skrol/transkrip (skrol awal) sebelum Majlis Konvokesyen

Sekian, untuk makluman dan tindakan saudara/i selanjutnya.

Terima kasih.

  • [12|05|2023] Pengambilan Transkrip dan Skrol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kepada semua graduan yang belum mengambil transkrip dan skrol, sekiranya mahu mengambil dokumen tersebut di kaunter UKMShape, saudara/i perlu membuat permohonan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat UKMShape melalui emel upppkp@ukm.edu.my.

Terima kasih